Mesyuarat Agong Pertama 2010 - 7 Mac 2010 telah berlangsung dengan jayanya

Mesyuarat Agong Pertama 2010 Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Osaman Hj Sapian, ADUN Kempas Johor dan dihadiri lebih kurang 35 orang ahli.

Laporan Tahunan Persatuan juga telah dibentangkan oleh Setiausaha Kehormat. Manakala Laporan Kewangan telah dibentangkan wakil Bendahari, Cik Norzaimah Bidin.

Mesyuarat telah mengekalkan AJK yang sedia ada dan melantik 6 orang AJK baru dan 2 orang JuruOdit.

Persatuan telah mempunyai 3 Pusat Jagaan iaitu

1) Pusat Jagaan Jln Denai 1, Kempas, JB

2) Pusat Jagaan Bukit Indah Kempas, JB

3) Pusat Jagaan Pt Bunga. Ledang . Muar

Pusat Jagaan keempat yang sedang dirancang akan datang besar kemungkinan Cawangan Simpang Rengam Johor.

Persatuan juga membincangkan Aktiviti 2010 untuk meraikan penghuni dan ahli Persatuan.

1) Sambutan Maulid Rasul

2) Hari Keluarga Nur Ehsan 2010

3) Seminar Motivasi

4) LAwatan Sambil Belajar ke Singapura

Sekian. Wasalam

Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, JM 0546320-H

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, telah memulakan operasi dengan membuka Pusat Jagaan warga emas di alamat di atas dengan niat murni untuk mengadakan tempat perlindungan dan jagaan untuk warga emas.

Di samping itu, pusat ini juga menerima juga warga dari kalangan mereka yang pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Permai Johor Baru dengan tujuan menyediakan tempat perlindungan kepada mereka yang telah berdikari tapi menghadapi kesukaran untuk bersama keluarga.

Untuk Keterangan Lanjut hubungi
1. Ir. Hj. Md. Sharipin Shahlan - Pengerusi/Pengasas 019-777 0717
2. Norijah Bidin (Noriz) - Pengurus 016 788 1379/016-735 1910

Pihak kami sangat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbang derma dalam bentuk bekalan makanan harian untuk warga Nur Ehsan, kelengkapan perabot dan peralatan, serta sedekah amal jariah dari DERMAWAN semoga ALLAH SWT memurahkan rezeki hambanya yang ikhlas menolong kami.

Sumbangan bentuk kewangan boleh disumbangkan terus ke akaun MAYBANK NO : 501132158862
atas nama Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan

Rabu, 3 Mac 2010

Koleksi Gambar Nur Ehsan Johor Bahru - Jan 2010

Bangunan Pusat Jagaan Nur Ehsan,
Jln Denai 1, Kempas Baru Johor Bahru

Aktiviti Harian di Pusat Jagaan Nur Ehsan
Kami sangat mengalu-alukan Sumbangan dari Budiman dan Dermawan
Ir. H. Sharipin Shalan Presiden/Pengasas
(019-777 0717)

Puan Norijah Bidin, Pengurus 016 788 1379 dengan Tuan Hj Sharipin


Gambar Lakaran Cadangan Bangunan Baru Pusat Jagaan Nur Ehsan



2 ulasan:

  1. asalamualaikum...tujuan saya kirim kn ulasan ni cuma ingin mendapat kepastian,adakah seorang warga emas yg bernama Fatimah Binti Ibrahim di masukan di sini? dn jika di letakan warga emas ini...dikenakan bayaran bagi anak yg ingin menghantar ibu atau bapa merika di sini? benar kah ape yg dikata orang...pusat jagaan Nur Ekhsan ni membantu warga emas disini untuk lebih bnyak kn beramal?

    BalasPadam
  2. jika pihak pengurusan tidak keberatan..saya cuma ingin kan kepastian,benarkah warga emas yg bernama Fatimah binti Ibrahim,berasal dari felda taib andak, kulai di masukan ke sini?saya cuma ingin kepastain dari pihak pengurusan. kerana beliau adalah nenek saya...

    BalasPadam